27 September 2020 | Aktiviti TerkiniKelas Usahawan Pemasaran Atas Talian
Pada 26 September 2020: Giat Mara bersama Pusat Internet Batas Lintang mengadakan kelas usahawan pemasaran atas talian kepada peserta kelas masakan. Kelas bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta untuk menggunakan platform media sosial bagi tujuan pemasaran produk secara atas talian. Dalam kelas usahawan pemasaran atas talian peserta dikehendaki untuk membuat Facebook Page perniagaan masing-masing. Selain itu, peserta juga dapat belajar menggunakan internet untuk mencari maklumat dan cara memasarkan produk mereka menggunakan Facebook Page dengan bimbingan staff Pusat Internet Batas Lintang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: